Memancing Udang Harimau di Bukit Lancong,Shah Alam,Selangor
Kolam Udang Harimau
Ramai rakan-rakan memancing
cakap kolam pancing udang harimau susah nak cari. Di Bukit Lancong, Shah Alam
berhadapan dengan sekolah agama ada satu kolam pancing udang harimau.Lihat
peta dalam Google Earth.
Abang Kamal berjaya mengangkat udang harimau |
Banner kolam pancing ini boleh di lihat dengan jelas ketika tiba di Jalan Sepat,Bukit Lancong,Shah Alam,Selangor. |
Kolam ini di miliki oleh
Abang Kamal iaitu salah seorang pemancing tegar di Shah Alam yang saya kenali.
Rakannya abang Mukhtar atau dengan panggilan ‘Wak’ dikalangan pemancing yang
menjaga kolam itu setiap hari.
Kolam ini di buka pada pukul
5 petang hingga pukul 5 pagi. Kemudahan surau ada disediakan di sini bagi
sesiapa ingin menunaikan solat ketika memancing dari petang ke malam. Lokasinya
yang bersebelahan dengan kedai runcit menyenangkan pemancing untuk membeli
makanan dan minuman.
Memancing Udang
Kaunter bayaran ada juga menyediakan makanan ringan |
Memancing udang harimau
tidak semudah memancing udang galah. Walaupun udang harimau di isi dengan
banyak sekalipun di kolam, teknik memancingnya kena serasi dengan seseorang
pemancing.
Jika pemancing itu kurang
sabar maka semakin susah udang harimau itu nak diangkat. Mengangkat joran
terlalu perlahan juga akan membuatkan udang harimau mudah lepas lari. Kita
perlu faham dengan teknik yang sesuai untuk kita memancing udang ini. Untuk
makluman, udang harimau ini lebih kuat melawan dari udang galah ketika menariknya
dengan joran. Jadi sentapan yang kuat sikit untuk menariknya keluar. Jangan
terlalu kuat. Nanti sangkut pula mata kail di atap kolam itu.
Isteri saya kini
sudah mahir dengan teknik memancing udang harimau ini. Alhamdulillah sudah
berkilo-kilo udang harimau kami bawa pulang.
Perkara yang menyeronokkan
sekali memancing udang harimau ini ialah kekuatan udang ini melawan tarikan
kita bila nak mengangkatnya. Semakin besar udang itu semakin kuat ia melawan. Kekadang udang itu
berenang-renang di permukaan seolah-olah mengacah kita untuk menangkapnya.
Abang Mukhtar selalu menyapu udang harimau ke pemancing yang sedang memancing.
Senang sikitlah nak tangkap.
Kalau nak rasa kepuasan
memancing udang harimau ini, boleh hubungi
nombor telefon di bawah:
No comments:
Post a Comment